Hari Mesra Pelanggan PTPTN Johor, Profesor Bijak Wang tarik perhatian pengunjung

A
A
A

PASIR GUDANG - Kira-kira 500 pengunjung hadir bagi memeriahkan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor, baru-baru ini.

Program yang memasuki tahun ketiga itu telah diadakan di Atrium Aras 1, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang selepas berlangsung di Johor Bahru tahun sebelumnya.

Pengurus Besar PTPTN Johor, Muhammad Faizal Adnan berkata, program itu juga turut dijalankan secara serentak oleh semua cawangan Negeri PTPTN di seluruh negara yang menumpukan amalan menabung untuk pendidikan masa hadapan sebagai fokus utama.

“Kali ini apa yang kami mahu budayakan dalam kalangan pengunjung yang hadir adalah menabung. Kita telah susun pel-bagai aktiviti yang mana terasnya adalah faedah kepada amalan tersebut.

“Pengisian program yang paling baharu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mereka satu permainan dipanggil Profesor Bijak Wang yang diguna pakai oleh PTPTN sebagai sebahagian aktiviti pendidikan pengurusan kewangan bijak untuk kanak-kanak.

Petugas PTPTN ketika membantu para peserta yang bermain dalam permainan Profesor Bijak Wang.

“Ia sejenis permainan di atas papan yang mana menguji minda peserta dalam masa sama ajar mereka bagaimana untuk menguruskan wang dengan betul,” katanya kepada Sinar Harian sempena Hari Mesra Pelanggan PTPTN Negeri Johor di sini, Sabtu lalu.

Muhammad Faizal berkata, pada penganjuran kali ini, pihaknya turut menyasarkan penyertaan kira-kira 100 peserta bagi beberapa aktiviti utama selain pertandingan profesor bijak wang diadakan antaranya mewarna, pakaian beragam, teka silang kata (puzzle) dan cabaran FIFA 2018 .

“Sebenarnya apa yang ingin kita tonjolkan pada program ini adalah ia bersifat santai. Di samping pendedahan mengenai sebarang kekeliruan mengenai PTPTN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kita mahu meraikan pelanggan kami.

Artikel Berkaitan:

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung.

“Oleh sebab fokus kami adalah amalan menabung di peringkat awal, peserta yang mengambil bahagian kita tetapkan kepada mereka yang berusia 5 hingga 12 tahun sahaja,” katanya.

Bagi memudahkan pengguna, beberapa kaunter semakan dan pembayaran balik pinjaman turut dibuka.

“Untuk kali ini, kami sasarkan pengunjung seramai 500 orang dan menyasarkan sebanyak 200 akaun baru SSPN serta kutipan sebanyak RM200,000 melalui program ini. Sehingga jam 12 tengah hari ini, kami telah mencapai sasaran kami.

Para pemenang peraduan Cabaran GS500 kategori sekolah.

”Dalam pada itu, beliau berkata, sempena program itu pihaknya juga telah mengumumkan pemenang bagi peraduan Cabaran GS500 yang telah dibuka sejak pada Julai hingga September lalu.

“Pada Bajet 2018 dibentangkan tahun lalu, kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun yang menabung dalam akaun SSPN minima RM500 akan diberikan geran sepadan, ini adalah promosi yang kami perkenalkan.

“Jadi peraduan Cabaran GS500 ini adalah kami akan memilih mana-mana individu yang membuka atau menambah deposit simpanan akaun SSPN dengan jumlah tabungan paling banyak dalam tempoh itu, kita buat dua kategori iaitu individu dan sekolah,” katanya.

Jelasnya, pemenang bagi kategori sekolah itu akan menerima wang berjumlah RM1,000 manakala untuk kategori individu pula hadi-ah RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN mereka.

Petugas PTPTN ketika membantu para peserta yang bermain dalam permainan Profesor Bijak Wang.
Petugas PTPTN ketika membantu para peserta yang bermain dalam permainan Profesor Bijak Wang.