Pemimpin Pas, UMNO diharap tak khianat, 'rabun mata'

Mokhtar Senik
Mokhtar Senik
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan Pas dan UMNO diharap dapat mengatur strategi dengan bijak, tidak tamak, tidak khianat atau 'rabun mata' agar Muafakat Nasional (MN) dapat terus dipertahankan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik berkata, kekuatan hubungan Muafakat Nasional kini dilihat terjejas selepas wujudnya tiga kem dalam UMNO.

Beliau berkata, tiga kem tersebut ialah yang pertama cenderung kepada gabungan Pakatan Harapan (PH), kedua kepada idea Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, manakala yang ketiga mahu kekalkan Muafakat Nasional.

“Pas sedih menyaksikan itu. Kerana Pas tidak mahu melihat UMNO lemah sebagaimana Pas mahu dirinya terus gagah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tidak diberitahu mengenai kerjasama Tun M dengan Ku Li

Ku Li yakin mampu tarik ahli parlimen BN tolak Belanjawan 2021 esok

Tun M-Ku Li bergabung gagalkan Anwar jadi PM?

"Dalam banyak ceramah saya bersama pimpinan UMNO di seluruh negara, saya selalu tegaskan. Jika Pas melihat UMNO jatuh dan lemah, maka papahlah UMNO.

Artikel Berkaitan:

“Begitu juga UMNO, jika lihat Pas lemah maka bantulah Pas. Kerana jika Pas lemah, tiada hebatnya UMNO bekerjasama dengan orang yang lemah.

"Akhirnya wujudlah sebuah muafakat yang lemah. Untuk muafakat ini kuat, maka Pas dan UMNO kena sama-sama kuat dan gagah," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mokhtar berkata, hasrat Pas tidak mahu melihat golongan Melayu berpecah, malah sebolehnya apa yang ingin dilihat ialah Melayu Muslim dapat bersatu dan 'duduk bersama'.

“Biarlah kita duduk bersama dalam persepakatan agama ALLAH. Tidak kira Pas, UMNO atau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

"Kalau boleh, Pas mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah (Parti Amanah Negara) dan Melayu Muslim dalam DAP supaya tinggalkanlah DAP dan mana-mana aliran politik sekular.

“Kita semua telah dibekalkan dengan panduan hidup yang bernama Islam. Maka perlu apa lagi kita teraba-raba mencari berhala sekular itu,” katanya.