Tiga lelaki tidak mengaku membunuh

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan, Oktober tahun lalu.

V Kartik, 31 dan S Kogenathan 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa membunuh Nazar Ul Islam yang ketika kejadian berusia 56 tahun.

Kejadian didakwa dilakukan di belakang kelab malam di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh di sini, pada jam 10.55 malam, 2 Oktober 2019.

Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz.

Mahkamah menetapkan 6 Januari tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes dan kehadiran peguam.

Dalam mahkamah sama, seorang pemandu lori, Chong Leong Mok, 62, mengaku tidak bersalah membunuh seorang warga emas, Tan Soy Seng yang ketika kejadian berumur 69 tahun.

Artikel Berkaitan:

Kejadian didakwa dilakukan di dalam hutan, lebih kurang 50 hingga 100 meter dari Kilometer 41, Jalan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 7.30 hingga 11.30 malam, 14 Mei 2019.

Bagi pertuduhan itu, warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mohd Fuad memohon tarikh sama sebagai pengurusan kes dan lantikan peguam.