Covid-19: Prolintas laksana sanitasi di plaza tol

Prolintas
Prolintas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menjalankan kerja pembasmian kuman dan pembersihan di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan kesemua 16 buah plaza tolnya berikutan salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Prolintas dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pasukan Respons Covid-19 dengan kerjasama KKM juga telah melaksanakan usaha pengesanan kontak rapat bagi kakitangan yang dijangkiti itu.

“Semua rakan sekerja yang berhubung secara langsung dengan pekerja terbabit turut diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari dan menjalani ujian swab,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Prolintas memberi jaminan, bahawa tidak akan berlaku gangguan pada operasi tol dan semua pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi semua perintah pergerakan dan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) daripada pihak berkuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: