X

Kindly register in order to view this article
!

Daging kambing sejuk beku bernilai RM365,917 dirampas

13,651kg daging kambing sejuk beku dirampas Maqis Pulau Pinang pada Ahad
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 13,651 kilogram (kg) daging kambing sejuk beku bernilai RM365,917 pada Ahad.

Kontena yang membawa dagangan produk ruminan itu dirampas di tapak pemeriksaan Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, antara yang dirampas ialah daging kambing jenis boneless mutton leg, boneless mutton trunk dan mutton tripe.

"Rampasan itu dibuat selepas kita mendapati maklumat yang dikemukakan tidak tepat serta mengelirukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Mereka yang memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!