Polis Israel tahan lima guru dan seorang pelajar Palestin

Salah seorang guru Palestin yang ditahan polis Israel, semalam.
Salah seorang guru Palestin yang ditahan polis Israel, semalam.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel secara membabi buta menahan lima guru dan seorang pelajar Palestin selama berberapa jam di Hebron, semalam.

Kesemua mereka ditahan ketika dalam perjalanan ke Sekolah Hajariyah di selatan Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Jawatankuasa Sivil Palestin, polis Israel menahan kenderaan dinaiki kumpulan terbabit kerana mengesyaki terdapat pisau di dalamnya.

Ia menambah, tiada maklumat lanjut sama ada senjata tajam ditemui dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sepanjang ditahan, mereka gagal menghubungi keluarga masing-masing kerana telefon bimbit dirampas.

Sementara itu, sumber tempatan berkata, kesemua guru dan pelajar terbabit gagal hadir ke sekolah dan terlepas keseluruhan sesi pembelajaran.

Kehilangan mereka menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di sekolah berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: