Barca, PSG buat perhitungan

Undian pusingan 32 terbaik Liga Europa.
Undian pusingan 32 terbaik Liga Europa.
A
A
A

MAJLIS undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara yang berlangsung di Nyon sebenar tadi menyaksikan dua kelab gergasi Eropah - Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona bakal berentap sesama sendiri.

Pertembungan kedua-dua kelab itu sudah pasti mencuri tumpuan memandangkan kapten Barcelona, Lionel Messi bakal berentap dengan bekas rakan sepasukannya, Neymar yang kini mengetuai jentera serangan PSG.

Penyandang juara, Bayern Munich pula diramal tidak menghadapi masalah melepasi pusingan 16 terbaik apabila dijadualkan menentang kelab Itali, Lazio manakala gergasi Sepanyol. Real Madrid akan bertemu satu lagi wakil Serie A, Atalanta.

Dua wakil England - Liverpool dan Chelsea pula bakal menghadapi ranjau apabila masing-masing diundi bertemu kelab Jerman, RB Leipzig dan kelab heavyweight Sepanyol, Atletico Madrid.

Berbeza dengan nasib Liverpool dan Chelsea, Manchester City pula dilihat berdepan laluan lebih cerah menempah slot suku akhir apabila diundi bertemu Borussia Monchengladbach.

Aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2021 dan aksi kedua pada 10 Mac 2021.

Undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Bagi saingan Liga Europa, Manchester United yang terpaksa beraksi di pentas kedua liga Eropah itu selepas dikecewakan Leipzig minggu lalu diundi menentang pendahulu La Liga, Real Sociedad pada pusingan 32 terbaik.

Artikel Berkaitan:

Skuad The Red Devils itu akan kembali bersaing dalam Liga Europa yang menyaksikan mereka berjaya mara sehingga peringkat separuh akhir musim lalu selepas muncul juara pada 2017.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur pula akan berdepan kelab Austria, Wolfsberger sementara Arsenal dijadualkan menentang kelab Portugal, Benfica. Satu lagi wakil Englad, Leicester City bakal menentang Slavia Prague.

Aksi pertama pusingan 32 terbaik Liga Europa akan berlangsung pada 18 Februari 2021 manakala aksi kedua pula pada 25 Mac 2021.