Kuarantin hanya 10 hari di pusat ditetapkan di Sarawak

Kerajaan Sarawak memutuskan pengembara akan diberikan pelepasan dari pusat kuarantin pada hari ke-10 dan menyambung kuarantin di rumah masing-masing sehingga hari ke-14 dengan dipakaikan gelang tangan pengawasan.
Kerajaan Sarawak memutuskan pengembara akan diberikan pelepasan dari pusat kuarantin pada hari ke-10 dan menyambung kuarantin di rumah masing-masing sehingga hari ke-14 dengan dipakaikan gelang tangan pengawasan.
A
A
A

KUCHING - Berkuat kuasa hari ini, rakyat Sarawak yang kembali dari luar negara dan memasuki negeri itu kini hanya diwajibkan menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka yang terlibat diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua dan kelapan kuarantin dan dilepaskan sekiranya keputusan ujian hari kelapan itu disahkan negatif.

"Mereka akan diberikan pelepasan dari pusat kuarantin pada hari ke-10 dan menyambung kuarantin di rumah masing-masing sehingga hari ke-14 dengan dipakaikan gelang tangan pengawasan Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Bagi individu bukan rakyat Sarawak dan bukan warganegara Malaysia yang memasuki negeri itu dari luar negara, mereka perlu menjalani kuarantin selama 10 hari dan mengambil ujian saringan Covid-19 di pintu masuk pertama.

"Keputusan ujian yang negatif tersebut sah selama tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak dan akan diberikan kuarantin di rumah sehingga hari ke-14 dengan gelang tangan dipakaikan," menurut kenyataan itu.

Bagi yang ingin memasuki Sarawak dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan pula, mereka juga dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.

Menurut JPBN Sarawak, ujian saringan Covid-19 akan diambil pada hari kedua dan kelapan di mana pelepasan akan diberikan dari pusat kuarantin pada hari ke-10 jika ujian pada hari kelapan adalah negatif dan individu terlibat dibenarkan menyambung kuarantin sehingga hari ke-14 dengan dipasangkan gelang tangan.

Bagi individu yang masuk dari Sabah dan Labuan, ujian saringan Covid-19 perlu diambil tiga hari sebelum boleh dibenarkan masuk ke Sarawak.

Artikel Berkaitan:

"Kemasukan tanpa sebab yang penting bagi (individu) bukan rakyat Sarawak dari Sabah dan Labuan masih tidak dibenarkan," katanya. - Bernama