KJ sukar jawab soalan kaitkan Covid-19 dengan agenda illuminati, freemason

Ciapan Khairy Jamaluddin dalam Twitter beliau hari ini.
Ciapan Khairy Jamaluddin dalam Twitter beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sukar untuk menjawab soalan yang mengaitkan Covid-19 dengan golongan illuminati dan freemason.

Ini kerana, beliau telah menerima satu soalan daripada penganalisis bebas yang menanyakan sama ada kerajaan tahu sama ada pandemik itu adalah usaha yang dirancang oleh golongan tersebut dalam usaha untuk menguasai dunia.

"Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat mahupun melalui media sosial.

"Hari ini saya menerima emel memohon untuk diadakan kunjungan hormat. Saya terbuka untuk berjumpa siapa-siapa, tapi tidak tahu macam mana nak jawab soalan IV (empat)," katanya menerusi satu ciapan dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam Twitter tersebut, Khairy turut meletakkan soalan yang diajukan oleh penganalisis bebas tersebut.

Antara perkara yang ditanya ialah mengenai kepentingan untuk mendapatkan vaksin, alternatif lain yang boleh digunakan sebagai penyelesaian dan kesediaan kerajaan untuk menerima alternatif lain.

Bagaimanapun, soalan terakhir yang diajukan ialah mengenai kewujudan golongan illuminati dan freemason yang dipercayai menggunakan Covid-19 untuk menakluk dunia.

Illuminati merupakan satu kumpulan rahsia yang diasaskan pada 1 Mei 1776 di Bavaria.

Artikel Berkaitan:

Ia ditubuhkan untuk menolak kepercayaan karut, kepercayaan agama dalam kehidupan awam, penolakan sistematik terhadap penyebaran budaya dan penyalahgunaan kuasa.

Sementara, Freemason yang juga merupakan sebuah pertubuhan rahsia muncul di antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.

Kedua-dua pertubuhan ini seringkali dikatakan mempunyai agenda untuk mengawal dunia menerusi pentadbiran dalam kerajaan.

Malah umat Islam yakin bahawa kumpulan ini menyembah dajal dan menjadikan makhluk itu sebagai tuhan mereka.