X

Kindly register in order to view this article
!

488kg cili padi Thailand ditahan di Bukit Kayu Hitam

Cili padi yang ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam didapati tidak mematuhi syarat import sepertimana yang telah ditetapkan iaitu gagal mematuhi Pengredan, Pembungkusan dan Perlabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil 3P. - Foto Maqis
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Sebuah lori yang membawa 488 kilogram (kg) cili padi dari Thailand ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam jam 10 malam pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan mendapati cili padi yang dianggarkan bernilai RM1,464 itu tidak mematuhi syarat import kerana gagal mematuhi Pengredan, Pembungkusan dan Pelabelan seperti yang dinyatakan dalam sijil 3P.

"Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lily Rosalind berkata, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi keluaran pertanian yang masuk ke negara ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!