Rundingan agihan kerusi UMNO, BN hampir selesai: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN), telah selesai hampir 90 peratus.

Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, tiga pusingan rundingan telah dilakukan di bawah Jawatankuasa Rundingan, diketuai Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata UMNO juga telah mengadakan dua rundingan bersama Pas, yang telah mencapai kira-kira 60 hingga 70 peratus kesefahaman.

“Kami telah bersetuju yang 55 kerusi yang dimenangi UMNO tidak akan ditandigi Pas, dan 18 kerusi dimenangi Pas tidak akan ditandingi UMNO.

“Jika terdapat kerusi yang mana kedua-dua kalah, tetapi UMNO mendapat undi yang lebih banyak, maka UMNO akan bertanding, dan sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata, BN telah bersetuju supaya rundingan bersama Bersatu disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi. - Bernama

Artikel Berkaitan: