6 sebab kenapa anda perlu memiliki HUAWEI Mate40 Pro

No Image Caption
A
A
A

HUAWEI Mate40 Pro merupakan rekaan paling hebat dalam sejarah HUAWEI, yang dipenuhi dengan penampilan impresif dan melangkaui inovasi samada dalam fotografi, keperluan kerja atau apa sahaja fungsi untuk kehidupan moden seharian anda.

Lebih menakjubkan lagi, baru-baru ini HUAWEI Mate40 Pro dinobatkan sebagai sebagai telefon pintar serba boleh 2020. Jadi, apa lagi kehebatan HUAWEI Mate40 Pro yang membolehkan anda meloncat ke hadapan dalam kehidupan harian anda?

Jom lihat sebab apa anda perlu miliki telefon pintar HUAWEI Mate40 Pro.

Sebab 1: Chipset berkuasa tinggi

HUAWEI Mate40 Pro kelihatan hebat dan mendahului dalam keupayaan chipset terbaik. Dikuasakan cip Kirin 9000 series, ia menyokong rangkaian 5G dan mampu mengendalikan pengkomputeran intensif dan kemudahan operasi pelbagai tugasan berat.

Bayangkan diri anda sebagai pekerja professional yang pastinya tidak mahukan sesuatu sistem persembahan biasa yang menghalang anda untuk melaksanakan kerja dengan efektif dan cekap. Jadi, ia adalah peranti ke hadapan dengan chipset yang nipis tetapi berkuasa besar.

Jika anda seorang kaki game, HUAWEI Mate40 Pro memiliki kadar pemulihan segera 90Hz dan skrin 2K serta bateri jangka hayat lama. Keupayaan ini melangkaui kehebatan telefon pintar lain yang berada di pasaran.

Sebab 2: Fotografi hebat

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

HUAWEI Mate40 Pro memberi jaminan Triple Camera yang ditawarkan mampu menghasilkan gambar seperti dibidik jurugambar professional. Ia dilengkapi Periscope Telephoto Camera yang disokong 10x hybrid zoom and 50x digital zoom, Ultra-Wide Cine Camera yang menawarkan pandangan fotografi yang lebih luas.

Selain itu, Ultra Vision Selfie Camera untuk swafoto dan video lebih tinggi dengan sokongan tangkapan 4K dan tiga pilihan pandangan fotografi bermula dari jarak dekat sehingga jarak jauh. Anda tidak memerlukan peralatan tambahan kerana HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi dengan AI penstabilan video untuk memastikan imej video anda stabil.

Buat vlogger, ini adalah khabar baik buat anda! Anda hanya perlu gunakan ciri Story Creator HUAWEI Mate40 Pro dan sokongan produk HUAWEI Ecosystem untuk hasilkan karya yang kreatif.

Sebab 3: Ketahanan bateri

HUAWEI Mate40 Pro memiliki saiz bateri yang besar namun dalam masa yang sama ia merupakan peranti cukup ringan. Dengan kapasiti besar bateri 4400mAh, disokong oleh pengecas kabel 66W dengan pengecas tanpa wayar 50W. Ia bukan hanya dapat menyelesaikan masalah bateri harian anda, tetapi ia juga mampu memberikan anda kepuasan dengan pengecasan penuh dalam tempoh masa yang singkat.

Nikmatilah kehidupan harian anda dengan selesa sama ada di rumah, pejabat atau di luar kerana HUAWEI Mate40 Pro menyempurnakan segala tugas untuk anda sepanjang hari.

Sebab 4: Rekaan premium

No Image Caption

HUAWEI Mate40 Pro memberi anda rasa bergaya dengan reka bentuk premium. Paparan skrin HUAWEI 88° Horizon Display memberikan kualiti visual terbaik. Rekaan luar bahagian tepi yang lebih bulat pula memberikan keselesaan maksima apabila disentuh.

Telefon ini juga dilengkapi dengan stereo dual speaker yang menghasilkan suara dengan stereo super bass. HUAWEI Mate40 Pro juga kalis air dengan perlindungan penilaian IP68 untuk percikan air dan juga habuk. Jadi, ia sesuai buat mereka yang suka mendaki dan sukakan aktiviti dalam air.



Sebab 5: Pelbagai ciri-ciri pintar

Terokai pengalaman pengguna interaktif dengan inovasi terkini EMUI 11 yang merangkumi AI Smart Gesture serba baru, Eyes on Display, kolaborasi Multi Screen dan banyak lagi.

Pengguna kini boleh unlock hanya dengan interaksi bebas sentuhan. Cukup sekadar hanya mengimbaskan tangan ke atas dan ke bawah, atau ke kiri ke kanan untuk melihat foto-foto anda.

Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengawal navigasi audio dan juga kadar deringan. Anda hanya perlu pandang ke arah skrin, deringan secara automatik menjadi lebih perlahan.

No Image Caption

Sebab 6: Sokongan skrin pelbagai peranti

Dengan teknologi HUAWEI Share, pengguna boleh menikmati Multi-Screen Collaboration dimana anda mampu melakukan satu kawalan ke atas peranti berbeza dalam masa yang sama. Sebagai contoh, skrin HUAWEI Mate40 Pro dapat dikawal secara serentak bersama HUAWEI MatePad Series atau HUAWEI MateBook Series.

Selain itu, perisian komunikasi eksklusif, MeeTime by HUAWEI, bukan sahaja mempunyai panggilan video yang lebih jelas, lebih cerah dan lebih lancar, tetapi ia dilengkapi dengan fungsi skrin berkongsi, yang membolehkan anda berbincang secara peribadi.

Pada masa yang sama, HUAWEI Notepad dapat mengenal teks dan membolehkan anda mengekstrak teks dan berkongsi dengan rakan sekerja anda dengan segera.

Apa yang Google ada, HUAWEI juga memilikinya

HUAWEI Mobile Services (HMS) telah meningkat dengan pesat sepanjang tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintar.

Apa sahaja yang dimiliki Google, HUAWEI memilikinya. Malah, HUAWEI dapat melakukan yang lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran terbaik kepada pengguna.

HUAWEI telah melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baru, HUAWEI Pay. Pengguna kini boleh melakukan transaksi yang selamat dengan satu ketukan pada telefon pintar HUAWEI. Anda hanya perlu sambungkan kad kredit ICBC UnionPay anda. Kad debit dari bank utama, kad prabayar dan e-wallet akan tersedia di HUAWEI Pay tidak lama lagi.

Selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna Mate 40 Pro, mereka akan mendapat penstoran awan HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan, akses VIP Video HUAWEI 3 Bulan, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi.

No Image Caption

HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ditawarkan dengan harga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit yang terawal sahaja). Ia secara rasmi akan mula dijual pada 12.12. Peranti ini juga boleh didapati di laman web rasmi HUAWEI-shop.HUAWEI.com/my, HUAWEI Experience Stores, dan telekomunikasi terpilih yang lain.

Kempen ‘Better Together’

HUAWEI kini sedang menjalankan kempen tahunan ‘Better Together.’ Mulai sekarang hingga 3 Januari 2021, pelanggan HUAWEI yang bertuah, berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000. Seorang pemenang bertuah berpeluang membawa pulang Proton X50 yang baru!

Selain daripada HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI turut menawarkan rangkaian produk luar biasa yang lain termasuk HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI Watch GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MUBook10 dan HUAWEI M10.

Dapatkan maklumat lengkap tentang produk HUAWEI di sini:

Tahukah anda bahawa HUAWEI Y7a adalah satu-satunya telefon pintar di Malaysia yang menyokong 22.5W SuperCharge pada harga RM799 sahaja? Bukankah itu luar biasa?

Lihat tujuh sebab mengapa HUAWEI Y7A adalah telefon pintar paling berharga di sini: