Gangguan air di Shah Alam pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam kini pulih sepenuhnya.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam kini pulih sepenuhnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam kini pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan enam kawasan terlibat kini sudah mula menerima bekalan berkenaan susulan insiden paip pecah di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, semalam.

"Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini," katanya.

Semalam, beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam antaranya Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 dijangka berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah itu.

Difahamkan, kerja-kerja pembaikan juga dilaporkan selesai dijalankan pada jam 6 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: