Pegawai Imigresen didakwa 33 pertuduhan rasuah

Tertuduh, Mohamad Hariss Rosli, 27, (empat, kiri) dan Fasmawi Ab Wahab, 24, dikawal anggota SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi berdepan dakwaan rasuah yang dihadapi.
Tertuduh, Mohamad Hariss Rosli, 27, (empat, kiri) dan Fasmawi Ab Wahab, 24, dikawal anggota SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi berdepan dakwaan rasuah yang dihadapi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Johor dihadapkan kes Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 31 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM152,940 tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Hariss Rosli, 27, mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama sehingga ke-18 dan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ke-19 hingga 31.

Pertuduhan terhadap tertuduh dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperoleh untuk dirinya sendiri suatu benda berharga wang tunai tanpa suatu balasan daripada beberapa individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM152,940.

Rasuah didakwa diterima menerusi akaun Maybank miliknya yang beralamat di Jalan Mahmood, Kota Bharu sepanjang tempoh April 2018 hingga November 2019.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lagi pegawai Imigresen negeri sama, Fasmawi Ab Wahab, 24, mengaku bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan bernilai RM1,400 pada Februari dan Mac 2019.

Mahkamah menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum terhadap kedua-dua tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Mengikut pertuduhan, tertuduh seorang pegawai memperoleh untuk diri sendiri sebagai satu benda yang berharga tanpa suatu balasan iaitu wang tunai berjumlah RM1,400 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya pada 26 Februari dan 1 Mac 2019 menerusi akaun Maybank Islamic beralamat di Tumpat.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.