Tun M, Ku Li berkongsi pentas petang ini

Tun M dan Ku Li
Tun M dan Ku Li
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dijangka mengadakan sidang media penting jam 4 petang ini, dipercayai bagi memaklumkan pembentukan satu kerjasama baharu.

Media dimaklumkan sidang media tersebut akan berlangsung di Yayasan Bukhary, namun media tidak dimaklumkan intipati sebenar yang akan diumumkan oleh kedua-dua pemimpin veteran itu.

Untuk rekod, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh yang turut dikenali sebagai Ku Li sebelum ini merupakan seteru politik namun dua tokoh politik veteran itu dilaporkan mengadakan rundingan bulan lalu.

Malah sidang media ini juga diadakan ketika hubungan tegang antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menguasai Putrajaya.

Artikel Berkaitan: