Bermain muzik synthesizer semasa otak dibedah

Soumya bermain alat muzik synthesizer semasa jalani pembedahan otak. - Foto India Today
Soumya bermain alat muzik synthesizer semasa jalani pembedahan otak. - Foto India Today
A
A
A

GWALIOR - Menakjubkan! Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menjalani pembedahan otak sambil bermain alat muzik synthesizer.

Kanak-kanak bernama Soumya menjalani pembedahan tumor di Hospital Gwalior di Madhya Pradesh.

Menerusi India Today, ketika doktor sedang membuang tumor, Soumya tersedar dan kerana dia suka bermain alat muzik itu, doktor memintanya bermain semasa pembedahan.

Justeru, doktor memutuskan menjalani pembedahan awake craniotomy iaitu pembedahan membuang ketumbuhan otak dalam keadaan sedar.

Pembedahan mengeluarkan tumor itu berjaya dilakukan dan ia berlangsung selama kira-kira dua jam.

Soumya dalam pemerhatian doktor untuk beberapa hari sebelum pulih dan keluar dari hospital pada Sabtu malam.

Artikel Berkaitan: