X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditemui mati di rumah tinggal

Lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah tinggal di Jalan Lama, Port Dickson di sini malam tadi.
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah rumah tinggal di Jalan Lama, Port Dickson di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 11.18 malam.

Beliau berkata, orang awam yang berada berdekatan di tempat kejadian terdengar bunyi bising seperti orang sedang meronta-meronta dan mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri.

"Mereka kemudiannya menghubungi polis dan pihak hospital. Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia kira-kira 11.10 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis dimaklumkan lelaki terbabit mempunyai seorang anak dan kini tinggal bersama bekas isterinya.

"Dia kerap dilihat berada berseorangan di kawasan rumah tinggal milik sebuah persatuan tetapi penduduk berdekatan tidak mengesyaki sesuatu," katanya.

Aidi Sham memberitahu, kematian lelaki itu didapati tiada sebarang unsur atau perlakuan jenayah dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat pagi ini.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sinar Harian difahamkan, lelaki itu tidak bekerja dan beralamat terakhir di Taman Sri Pertama Sungai Gadut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!