Jordan isytihar rizab laut pertama di Laut Merah

Jordan mengumumkan rizab laut pertamanya di bandar pelabuhan Laut Merah Aqaba. - Foto 123RF
Jordan mengumumkan rizab laut pertamanya di bandar pelabuhan Laut Merah Aqaba. - Foto 123RF
A
A
A

AMMAN - Jordan pada Ahad mengumumkan rizab laut pertamanya di bandar pelabuhan Laut Merah Aqaba bertujuan memelihara terumbu karang dan ekosistem laut serta mempromosikan pembangunan lestari.

Kabinet baru-baru ini meluluskan pengisytiharan itu, yang diharap dapat mempromosikan pelancongan dan kegiatan bawah laut di kota selatan, lapor Agensi Berita Xinhua menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar yang diterbitkan oleh agensi berita kerajaan, Petra.

Kementerian menyifatkan pengisytiharan itu sebagai pencapaian nasional yang dapat membantu Jordan memenuhi komitmen antarabangsanya, iaitu Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi.

Menurut kementerian pengisytiharan itu dibuat dengan kerjasama Pihak Berkuasa Zon Ekonomi Khas Aqaba dan Program Pembangunan PBB di Jordan. - Bernama

Artikel Berkaitan: