Sokong tindakan terhadap penunggang basikal tak berdisiplin

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan sokong keputusan Trafik Bukit Aman untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang basikal yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan mereka yang menunggang secara melulu bukan sahaja menyebabkan kesesakan jalan raya tetapi boleh menyebabkan kemalangan raya hingga mengundang kes maut.

Merak Jalanan sering perhatikan ada sebahagian penunggang basikal yang melanggar lampu isyarat, tidak memakai topi keledar dan menunggang secara gerombolan tanpa berdisiplin.

Tindakan itu turut memberi imej buruk kepada penunggang basikal lain yang selama ini mematuhi peraturan – dan kini turut dipandang serong oleh masyarakat.

Maka amat wajar hukuman atau denda dikenakan terhadap penunggang yang melanggar peraturan. Misalnya menunggang secara melulu boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000. Malah boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun.

Bagi yang tidak mematuhi arahan papan tanda lalu lintas dan menunggang di lebuh raya, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000.

Kesalahan tidak memasang lampu depan dan belakang, tidak mempunyai brek, loceng dan tidak menunggang dalam satu deretan pula boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara tidak lebih enam bulan.

Dengan tindakan tegas terhadap segelintir golongan tersebut, secara tidak langsung ia dapat mendidik mereka supaya menghormati pengguna jalan raya lain.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan amat berharap, pihak PDRM dapat melakukan operasi besar-besaran untuk memastikan penunggang basikal cuai menerima pengajaran daripada tindakan mereka itu.

Merak Jalanan juga yakin dengan kadar denda yang ditetapkan, penunggang basikal yang tidak berdisiplin pasti akan insaf selepas ini.