AMK tolak sebarang agenda cuba lagakan ahli

 Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan ahli mahupun kepimpinan serta mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan ahli mahupun kepimpinan serta mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan ahli mahupun kepimpinan serta mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.

AMK dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan isu kebocoran tangkap layar perbincangan tertutup yang melibatkan kepimpinan AMK Malaysia.

Justeru, AMK menyeru semua kepimpinan dan anggota di semua peringkat supaya bertenang dan berlaku adil serta memberikan ruang sewajarnya kepada kepimpinan untuk menjernihkan keadaan.

“Mewakili sayap AMK negeri, kami berpandangan perkara ini wajar diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.

“Kami percaya perkara ini juga akan dapat diharmonikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Malaysia yang melibatkan semua kepimpinan AMK Malaysia bersama Ketua-Ketua AMK Negeri,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh 14 buah negeri.

Katanya, pihaknya akan sentiasa komited dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Presiden dalam usaha membina Malaysia yang lebih baik dan mensejahterakan rakyat.

“Tiada asas kukuh untuk mempertikaikan kesetiaan kepimpinan AMK terhadap pucuk pimpinan parti setelah kesetiaan ini dibuktikan menerusi komitmen AMK dalam mempertahankan prinsip dan idealisme daripada agenda pengkhianatan yang lalu,” katanya.

Sehubungan itu, AMK menyeru agar seluruh anggotanya merapatkan saf dan mengukuhkan gerak kerja di samping menjadi sayap terkuat parti dalam menjayakan agenda Reformasi.

Artikel Berkaitan: