Warga emas tertekan pedal, rempuh empat gerai

Kereta yang merempuh gerai, peniaga dan pengunjung dalam kejadian di pasar pagi Simpang Pelangai pagi tadi. FOTO: FB Info Roadblock JPJ/Polis
Kereta yang merempuh gerai, peniaga dan pengunjung dalam kejadian di pasar pagi Simpang Pelangai pagi tadi. FOTO: FB Info Roadblock JPJ/Polis
A
A
A

BENTONG - Pasar pagi Simpang Pelangai dekat Manchis di sini kecoh apabila seorang lelaki warga emas tertekan pedal minyak kereta yang dipandunya lalu merempuh empat buah gerai.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi itu kereta Proton Saga tersebut dipandu seorang warga emas berusia 75 tahun.

Menurutnya, peniaga empat buat gerai ketika itu sedang menjalankan perniagaan barangan makanan dan kegunaan harian.

Keadaan pasar pagi di Simpang Pelangai akibat rempuhan kereta yang dipandu seorang warga emas. FOTO: Ihsan polis
Keadaan pasar pagi di Simpang Pelangai akibat rempuhan kereta yang dipandu seorang warga emas. FOTO: Ihsan polis

"Kejadian berlaku selepas kereta terbabit hendak keluar dari kawasan tempat letak kenderaan dan secara tidak sengaja pemandunya tertekan pedal minyak.

"Insiden tersebut menyebabkan empat peniaga iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 53 tahun serta seorang pengunjung remaja lelaki berusia 14 tahun cedera ringan dan dirawat Klinik Kesihatan Simpang Pelangai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaiham, empat gerai dan barang jualan rosak manakala kereta terbabit hanya calar di bahagian depan manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa," katanya.

Artikel Berkaitan: