Sertai Webinar Bisnes, Usahawan Era Digital&Covid

Usahawan yang berminat dijemput untuk menyertai Webinar Bisnes dan Usahawan Era Digital&Covid yang bakal diadakan menerusi aplikasi Zoom pada 27 Disember ini.
Usahawan yang berminat dijemput untuk menyertai Webinar Bisnes dan Usahawan Era Digital&Covid yang bakal diadakan menerusi aplikasi Zoom pada 27 Disember ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Usahawan yang berminat dijemput untuk menyertai Webinar Bisnes dan Usahawan Era Digital&Covid yang bakal diadakan menerusi aplikasi Zoom pada 27 Disember ini.

Webinar anjuran myclaaz.com dan Elzar Shariah Solutions & Advisory ini diadakan bertujuan berkongsi tips serta idea positif dengan seluruh usahawan yang sedang berdepan ujian Covid-19 dan juga letusan digital hasil Revolusi Industri 4.0.

Antara tips menarik yang akan dikongsi berkaitan jenis penubuhan syarikat, bisnes yang ingin dipilih, bisnes digital dan kriteria, anggaran modal bagi bisnes digital, e-commerce, platform termasuk cabaran Covid-19 terhadap bisnes dan teknik hadapi kejatuhan jualan.

Webinar ini akan dimoderator oleh pengacara, Amin Idris dan enam panel terdiri daripada tiga panel pembentang serta tiga panel forum termasuk Pengarah Urusan Elzar Group, Dr Zaharudin Abdul Rahman dan Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Menerusi platform ini, semua usahawan muda, dewasa dan yang berpengalaman dialu-alukan untuk menyertai bagi bertukar idea dan pengalaman yang positif, sekaligus mampu menganjakkan usahawan dan bisnes ke hadapan.

Bagi yang berminat boleh mendaftar segera untuk yuran istimewa dengan menghubungi 01158530774 dan 0112067 7990 atau emel: webinarsaham@yahoo.com.

Webinar ini turut dijayakan dengan kerjasama Fakulti Perniagaan Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Selangor (Unisel) serta Lembaga Zakat Selangor.

Artikel Berkaitan: