Ketukan misteri di Jerantut: Masjid diminta buat solat hajat

Satu solat hajat akan diadakan dalam tempoh terdekat di beberapa masjid yang berlaku kes ketukan misteri di daerah ini. Gambar Kecil: Mohd Zakhwan Badarddin
Satu solat hajat akan diadakan dalam tempoh terdekat di beberapa masjid yang berlaku kes ketukan misteri di daerah ini. Gambar Kecil: Mohd Zakhwan Badarddin
A
A
A

JERANTUT - Satu solat hajat akan diadakan dalam tempoh terdekat di beberapa masjid yang berlaku kes ketukan misteri di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Badarddin berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Pejabat Agama Daerah dalam usaha mengurangkan keresahan penduduk.

"Saya telah berbincang dengan Pejabat Agama Daerah untuk mengadakan solat hajat bagi memohon penduduk dilindungi ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dua kes dilaporkan di Kampung Perias, Jerantut Feri berlaku pada Jumaat lalu dan laporan polis mengenai kejadian tersebut telah dilakukan oleh mangsa terlibat.

Dalam pada sama, Mohd Zakhwan juga meminta orang ramai tidak melayan ketukan terbabit dengan membuka pintu atau tingkap.

"Banyak berdoa dan tingkatkan juga amalan membaca al-Quran, solat supaya jika perkara itu berkaitan dengan syaitan, ia akan lari daripada kita," katanya yang turut terkejut kerana misteri ketukan itu kini berlaku Jerantut.

ARTIKEL BERKAITAN Misteri ketukan pintu di Jerantut

Artikel Berkaitan: