X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar pernah dedah jumlah lebih besar, kata Abdul Hadi

Abdul Hadi (tengah) merasmikan bilik media di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur sempena program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 10 ahli Parlimen UMNO bagi membentuk kerajaan bukan 'berita' yang mengejutkan Pas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, malah Anwar sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau memiliki jumlah sokongan lebih besar daripada jumlah yang diperkatakan itu.

"Ini bukan yang pertama (dakwaan memiliki majoriti), kita perlu berita yang sebenarnya (sahih). Kita tak perlu terkapai-kapai. Dulu bukan 10, (tapi) 120 (ahli Parlimen), kita tunggu berita sahih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dikhabarkan akan menghadap Agong, kemuka bukti 113 sokongan

Mohamad Sabu tunggu perkembangan 113 akuan bersumpah

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang ditemui pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, katanya, sehingga hari ini pihak yang mencabar keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal membuktikan yang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti.

"Sehingga hari ini pihak yang mencabar (keabsahan) masih gagal. Sama ada undi peringkat dasar atau peringkat jawatankuasa kita menang.

"Dalam demokrasi, walaupun menang satu undi tetapi tetap boleh menjalankan tugas. Walaupun satu undi, tetap menang (dan) mereka yang berusaha itu gagal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Akuan Bersumpah 113: 'Siapa sumber itu, apa niatnya?'

Bung Moktar nafi tandatangan SD

SD Anwar: Jika fitnah pemimpin UMNO kena buat laporan polis, SKMM

ADUN Bersatu akui tandatangan awal SD sokong Saarani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!