Reformasi institusi perlu digerakkan segera: Anwar

Hantaran Anwar di Facebook
Hantaran Anwar di Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa reformasi institusi harus digerakkan segera bagi memungkinkan pengurusan yang bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabaikan kepentingan rakyat.

Menurut hantarannya di Facebook hari ini, Anwar menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi gesaan berkaitan salahguna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik pada Selasa lalu.

Beliau menyifatkan titah Sultan Perak tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan.

“Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak.

“Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Perak agar negara ini harus kembali ke landasan perjuangan, mengembalikan keabsahan dan segera menghentikan gelagat ahli politik yang rakus dan tamak,” katanya.

Artikel Berkaitan: