Solksjaer sifatkan United telah berikan aksi terbaik

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan skuad kendaliannya telah memberikan aksi terbaik biarpun sekadar terikat tanpa jaringan pada aksi derby berdepan Manchester City di Old Trafford awal pagi tadi.

Menurut Solksjaer, dia tetap gembira menyaksikan aksi dipersembahkan kesebelasan United pada perlawanan berkenaan terutamanya menerusi beberapa percubaan yang dilakukan ke arah gawang City.

Malah katanya, dia turut berbangga menyaksikan skuad kendaliannya itu berjaya bangkit daripada kekalahan kepada RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

“Sepanjang saya mengemudi United, bagi saya perlawanan kali ini adalah aksi terbaik yang pernah kami persembahkan; walaupun bukan dari segi keputusan perlawanan, tetapi kami tetap berjaya memberikan aksi yang terbaik.

“Saya tahu, kita menewaskan City musim lalu, tetap perlawanan ini adalah sesuatu yang berbeza kerana kami turut menguasai perlawanan selain memastikan pemain mereka tidak berada hampir dengan kawasan kami.

“Mereka (City), juga memiliki peluang gol, tetapi penjaga gol kami, De Gea, berjaya menyelamatkan percubaan-percubaan berkenaan manakala Maguire menjalankan tanggungjawab dengan baik mengawal benteng pertahanan pasukan,” katanya.

Pertahanan Manchester United berjaya mengekang asakan penyerang Manchester City.
Pertahanan Manchester United berjaya mengekang asakan penyerang Manchester City.

Sementara itu, Solskjaer berkata tindakannya menurunkan pemain Perancis, Paul Pogba pada perlawanan berkenaan adalah kerana mahu memastikan kesebelasan pemain yang mampu beraksi di bawah tekanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, percaturan itu menjadi dan menyaksikan kesebelasan yang diturunkan mampu mengawal bola dengan baik.

“Perlawanan ini adalah ‘perlawanan besar’ dalam saingan EPL, oleh itu saya mahukan pemain-pemain yang beraksi mampu beraksi dengan selesa biarpun dalam penuh tekanan.

“Kami berjaya dalam percaturan ini dan inilah sebenarnya tujuan percaturan sebegini dibuat,”