Chelsea tidak beraksi baik

Pemain Everton, Sigurasson tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol tunggal perlawanan. Gambar kecil: Lampard
Pemain Everton, Sigurasson tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol tunggal perlawanan. Gambar kecil: Lampard
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menyifatkan skuad kendaliannya itu tidak beraksi dengan baik hingga menyumbang kepada kekalahan 0-1 kepada Everton di Goodison Park, awal pagi tadi.

Lampard berkata, kesebelasan pemain skuad The Blues itu juga dilihat tidak berada pada tahap terbaik bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

“Kami tidak berada pada tahap terbaik kami. 20 minit pertama perlawanan dilihat sebagai ‘penentu’ kepada perlawanan ini.

“Apabila anda ketinggalan 0-1, ia jelas adalah sebahagian daripada perancangan taktikal lawan bagi menyulitkan lagi laluan kita dan mereka berjaya melakukannya,” katanya.

Skuad The Blues itu tewas 0-1 kepada Everton di Goodinson Park, awal pagi tadi dan sekali gus menyaksikan kelab berkenaan jatuh dua anak tangga pada kedudukan ketiga EPL dengan 22 mata hasil enam kemenangan, seri empat kali dan tewas dua kali daripada 12 perlawanan setakat ini.

Gol tunggal perlawanan berkenaan dijaringkan pemain Everton, Gylfi Sigurasson menerusi sepakan penalti pada minit ke-22.

Sementara itu, Lampard turut menyifatkan tanggapan orang ramai bahawa kelab berkenaan akan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sebagai sesuatu yang ‘tidak masuk akal.’

Malah menurutnya, orang ramai juga tidak seharusnya melabel skuad The Blues itu sebagai kelab terbaik dalam saingan EPL musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya musim kali ini adalah musim yang panjang. Jika ia membuatkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kami akan memenangi EPL kerana memiliki skuad yang bagus, ia sesuatu yang tidak masuk akal.

“Apabila bercakap mengenai skuad yang terbaik, kita sebenarnya perlu melihat kepada pasukan yang telah menang bagi tempoh dua, tiga atau empat tahun kebelakangan ini selain pasukan itu merekodkan 30 hingga 40 gol dalam satu musim.

“Kami (Chelsea), ada memiliki beberapa pemain seperti itu tetapi mereka masih muda dan mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun nanti jika saya masih berada di Stamford Bridge, saya akan mengakui tanggapan berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lampard waspada aksi Pulisic

Ziyech dan Hudson-Odoi bakal kembali beraksi

Giroud azam terus ledak jaringan