Perlu dana RM13.8 juta untuk bina masjid

Gambar reka bentuk Masjid Lembah Subang 2. Gambar kecil: Mohd Jamil
Gambar reka bentuk Masjid Lembah Subang 2. Gambar kecil: Mohd Jamil
A
A
A

PETALING JAYA - Dana dan sumbangan orang ramai sebanyak RM13.8 juta diperlukan untuk tujuan pembinaan Masjid Lembah Subang 2 bagi menampung keperluan masyarakat Islam di kawasan tersebut.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan masjid berkenaan, Mohd Jamil Sahat berkata, masjid berkapasiti 2,000 orang jemaah itu amat diperlukan masyarakat Islam di sini memandangkan dua masjid sedia ada terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan berkenaan.

Mohd Jamil berkata, pembinaan masjid yang bakal menelan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta itu juga mampu menampung pertambahan jumlah jemaah selepas ini.

"Kawasan sini memang sedang pesat membangun dan pastinya akan ada pertambahan jemaah, jadi pembinaan masjid ini adalah sangat diperlukan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menceritakan mengenai latar belakang projek itu, Jamil berkata, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mewartakan tapak berkeluasan 3.42 ekar (1.384 hektar) itu pada tahun 2015 lalu bagi pembinaan masjid tersebut.

Kerja-kerja meratakan tamah fasa pertama yang dijalankan sebelum ini.
Kerja-kerja meratakan tamah fasa pertama yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, sejak mula mengutip dana pada awal tahun lalu sehingga kini, pihak jawatankuasa berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.2 juta hasil ihsan pelbagai pihak termasuk badan korporat.

"Kerja-kerja meratakan tanah fasa pertama telah berjalan sebelum ini dan fasa kedua pula dijadualkan pada tahun hadapan sekiranya tiada sebarang kekangan.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan itu, kami berharap seluruh masyarakat Islam dapat membantu untuk memberi sumbangan dana ini," katanya.

Tambahnya, pembinaan masjid itu merupakan impian masyarakat Islam di kawasan berkenaan dalam bersama-sama untuk membina rumah ALLAH ini," katanya.

Dalam pada itu, sesiapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam: 12131010012861(Tabung Pembinaan Masjid Lembah Subang 2).