X

Kindly register in order to view this article
!

PGA Semenyih rampas rokok seludup RM875,000 di Tanjung Karang

Seorang lelaki warga tempatan ditahan di Jalan Kilang Padi Tanjung Karang, Kuala Selangor semalam.
A
A

KUALA SELANGOR - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya mematahkan sindiket pengedaran rokok seludup dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan di Jalan Kilang Padi Tanjung Karang di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori dan kereta, kita menemui 4,900 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM875,000 yang disorok di belakang kenderaan itu.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM942,460," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, suspek berkenaan dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang dan tindakan akan diambil mengikut Akta Kastam 1967.

"Menerusi kejayaan ini, pihaknya percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Selangor," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan digesa naikkan cukai tembakau lima kali ganda

Polis Johor lupus RM2.5 juta rokok, arak seludup

Cukai produk tembakau di pulau bebas cukai tidak produktif

Rokok seludup RM3 juta ditemui dalam sarang burung walit

Dalang sindiket seludup rokok RM2.14 juta diburu

Sorok rokok seludup dalam enam van depan rumah


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!