Kanak-kanak lemas ketika mandi bersama abang kembar

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

LANGKAWI - Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak termasuk pasangan kembar mandi di Sungai Kampung Kuala Temonyong, dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa, Muhammad Alif Amin Cik Di yang berusia lapan tahun sedang mandi bersama abang kembarnya serta beberapa rakan mereka di lokasi tersebut.

Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.25 petang.

"Seorang pekerja tapak pembinaan jalan raya di lokasi tersebut telah terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Muhammad Alif namun mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat wanita hamil tanpa identiti ditemui terapung

Artikel Berkaitan: