X

Kindly register in order to view this article
!

Ada pemimpin UMNO tak senang dengan PN, kata Hamzah

Hamzah pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan 'Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia' Sahabat-Sahabat Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Larut hari ini.
A
A

LARUT - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengakui terdapat segelintir pemimpin UMNO tidak senang dengan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang.

Beliau berkata, kelompok terbabit mahu melihat kepimpinan PN terus bercakaran dengan sengaja melemparkan tohmahan dan pandangan yang bermotifkan kepentingan sendiri berbanding usaha ke arah kestabilan politik negara.

"Rakyat mahukan pemimpin yang memikirkan tanggungjawab mereka untuk satukan bukan hanya parti, tetapi semua kaum yang ada supaya kita boleh memikirkan satu kerajaan lebih stabil di masa hadapan.

"Saya rasa rakyat bersyukur kalau pemimpin-pemimpin di peringkat atas ini tidak bercakaran tetapi apa yang saya nampak hari ini, beberapa orang dalam UMNO mahu kepimpinan dalam kerajaan PN ini bercakaran.

"Mengapa dan apa agenda serta motif, itu saya pun kurang pasti," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan 'Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia' Sahabat-Sahabat Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.

Meskipun begitu, Hamzah berkata, masih ramai kalangan pemimpin parti terutamanya dalam anggota Kabinet lebih terbuka untuk pastikan kerajaan yang ada ini benar-benar mempunyai agenda untuk masa depan negara yang lebih baik.

"Ada orang yang mungkin mahu bersikap individualistik tetapi biarlah kita bersikap terbuka.

"Jika kita terus bercakaran, ia tidak membuka sesuatu yang baik untuk kedudukan negara.

"Yang penting, mereka yang sedang pegang jawatan itu secara lebih baik fikirkan tanggungjawab mereka untuk masa depan negara yang lebih stabil," katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mempertikaikan cadangan beliau berhubung pemeteraian 'piagam persefahaman politik', Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, cadangan itu ditulis atas dasar tanggungjawab untuk mendamaikan semua parti sedia ada.

"Saya nak maklumkan bagaimana perjalanan pertubuhan kerajaan PN supaya tidak ada orang membangkitkan isu-isu ada orang buli orang ini atau ada yang kecil nak makan yang besar.

"Kita masing-masing punya tanggungjawab untuk kita mendamaikan dan menyatukan segala parti sedia ada.

"Jadi saya tak payah jawablah kepada tohmahan atau apa sahaja yang dikatakan oleh mereka yang pernah bertanding dan kalah dalam pilihan raya itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah cadang gagasan besar tiga gabungan parti

Misi UMNO kuasai semula kerajaan dengan kerjasama Pas

'Biar UMNO tentukan jalannya sendiri'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!