Bumbung kenderaan rosak terkena tumpahan simen

Bumbung sebuah kereta yang rosak akibat tumpahan simen ketika melalui kawasan pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai, Cheras pada Rabu lalu.
Bumbung sebuah kereta yang rosak akibat tumpahan simen ketika melalui kawasan pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai, Cheras pada Rabu lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua buah kenderaan rosak akibat terkena tumpahan simen ketika melalui kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan Toyota Rush rosak akibat insiden tersebut.

“Hasil siasatan, tumpahan simen itu terkena pada MPV yang dipandu seorang lelaki warga Indonesia, manakala pemandu Toyota Rush belum membuat laporan polis," katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan itu sedang bergerak secara perlahan di kawasan pembinaan terbabit sebelum tiba-tiba terkena tumpahan simen itu.

“Lokasi kejadian merupakan Jalan Bandaran yang mempunyai dua lorong sehala, namun satu lorong ditutup untuk pembinaan,” katanya.

Berikutan itu, Zulkefly memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Artikel Berkaitan: