Covid-19: 113 disaring, 14 positif Kluster Langkasuka

 R Vidyanathan
R Vidyanathan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu lagi kluster terbaharu dikesan semalam iaitu Kluster Langkasuka sekali gus menjadikan 18 kluster aktif di Johor.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, kluster baharu tersebut tercetus dari tempat kerja melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru.

"Sehingga semalam 113 individu disaring dan 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, semalam sahaja terdapat 69 kes baharu yang dilaporkan di negeri ini iaitu 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan kes daripada Kluster Langkasuka.

Ujarnya, selain itu 13 kes daripada saringan kontak rapat kes Covid-19, 10 kes daripada lain-lain saringan dan satu lagi kes import.

"Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 2,362 kes. Sebanyak 1,479 kes telah pulih iaitu 62.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes manakala 855 kes yang aktif diberi rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata, peningkatan kes yang dilaporkan sehingga kini di Johor masih lagi disebabkan pencarian kes secara aktif (ACD).

Tambahnya, pemerhatian aktiviti ACD mendapati kerap berlaku kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 2,579 menggunakan skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 15,446 menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi kemasukan dari Singapura sehingga semalam.

Menurut Vidyanathan, jumlah kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pengguna skim berkenaan kekal sebanyak tiga kes.