Isu kuil: Pemuda Pas Kedah buat laporan polis terhadap P Ramasamy

Abdul Hadi (kiri) bersama dua ahli jawatankuasa Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap Ramasamy di IPD Kota Setar, Alor Setar hari ini.
Abdul Hadi (kiri) bersama dua ahli jawatankuasa Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap Ramasamy di IPD Kota Setar, Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung kenyataan didakwa berunsur perkauman dan hasutan dalam isu perobohan kuil haram di Kedah yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Abdul Hadi Omar berkata, pada 8 Disember lalu, pemimpin berkenaan didapati memuat naik satu kenyataan yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai seorang yang rasis dalam hantaran bertajuk 'The Racist And Extremist Menteri Besar of Kedah'.

Beliau berkata, dalam hantaran tersebut, Ramasamy membuat tuduhan jelik dan menghasut termasuk memfitnah Muhammad Sanusi; antaranya mendakwa tindakan merobohkan kuil di Kedah meminggirkan masyarakat India dan percubaan menghapuskan budaya kaum tersebut.

"Saya percaya hantaran dibuat pemimpin DAP Pulau Pinang itu di laman sosialnya amatlah berniat jahat bagi mengganggu dan mengugut pihak berkuasa melaksanakan undang-undang dan peraturan.

ARTIKEL BERKAITAN: Roboh kuil ikut undang-undang, bukan isu perkauman: MB Kedah

MB Kedah nafi hina kaum tertentu

Sanusi minta pemimpin politik jangan sibuk isu Kedah

"Malah, kenyataan itu bersifat menghasut bagi membangkitkan perasaan marah masyarakat India terutama beragama Hindu yang mana bertentangan dengan undang-undang dan norma amalan bagi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, Aizat Zakaria; Exco Pemuda Pas Kedah, Ikram Zaki dan Exco Pemuda Pas Kedah, Syukri Sawai.

Abdul Hadi berkata, pihaknya juga melihat tindakan Ramasamy itu sangat bahaya dan boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya membuat laporan bagi tujuan siasatan lanjut polis di bawah Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.