X

Kindly register in order to view this article
!

Gajah liar masuk kebun kelapa sawit penduduk

Gajah jantan yang telah memasuki kawasan kebun di kampung tersebut semalam.
A
A

LIPIS - Seekor gajah jantan liar merosakkan sebanyak 550 pokok kelapa sawit selepas memasuki dua kebun milik penduduk di Kampung Mentangau, dekat Gemunchor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, gajah liar tersebut difahamkan memasuki kawasan kejadian yang hanya kira-kira 500 meter dari kediaman penduduk.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, pada masa ini gajah dianggarkan berusia 30 tahun itu sudah dihalau ke arah hutan berhampiran tetapi pihaknya tetap membuat kawalan serta pemantauan.

"Bagaimanapun kita pantau keadaan gajah tersebut. Jika kedudukannya masih tidak berubah, satu operasi menangkap haiwan ini akan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambah beliau, secara asasnya langkah pencegahan seperti pemasangan pagar elektrik atau pembinaan parit untuk menghalang haiwan tersebut memasuki kebun dan ladang perlu dilakukan.

"Namun saya dimaklumkan pemilik kebun serta ladang berkenaan tidak berkemampuan melaksanakannya," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!