Mahkamah Austria batal undang-undang larang budak bertudung

Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab. - Foto 123rf
Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab. - Foto 123rf
A
A
A

VIENNA- Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab.

Undang-undang itu dikatakan sengaja dibuat untuk orang Islam dan dianggap melanggar hak kebebasan beragama.

Ia diluluskan semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Mahkamah menegaskan undang-undang itu boleh menyebabkan diskriminasi terhadap orang Islam.

Ia juga menolak pendapat kerajaan bahawa larangan itu bertujuan melindungi kanak-kanak perempuan Islam daripada tekanan sosial.

Sebaliknya, mahkamah menegaskan kerajaan perlu menyusun undang-undang untuk mencegah penindasan berdasarkan jantina atau agama.

Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung.- AWANI

Artikel Berkaitan: