Pengusaha ternakan diarah tukar fungsi kolam

Jabatan Perikanan telah mengarahkan pengusaha premis ternakan akuakultur yang menyebabkan pencemaran di sumber air sebelum ini agar menukar fungsi sebahagian kolam mereka.
Jabatan Perikanan telah mengarahkan pengusaha premis ternakan akuakultur yang menyebabkan pencemaran di sumber air sebelum ini agar menukar fungsi sebahagian kolam mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengusaha premis ternakan akuakultur yang menyebabkan pencemaran di sumber air sebelum ini telah diarahkan menukar fungsi sebahagian kolam ternakan mereka kepada kolam rawatan.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perikanan Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya berasa kesal dengan insiden itu yang telah menyebabkan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.

Menurutnya, Jabatan Perikanan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dan penternak akuakultur agar mematuhi garis panduan ditetapkan.

"Garis Panduan Amalan Akuakultur Baik dan Skim Pensijilan myGAP telah diperkenalkan bagi tujuan memastikan industri ini terus mampan, berdaya saing, menghasilkan makanan berkualiti serta menjaga kepentingan alam sekitar," katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa pihaknya juga telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) 2017 yang memerlukan pengusaha akuakultur dilesenkan dan mengamalkan Amalan Akuakultur Baik.

Katanya, tindakan boleh diambil kepada pemilik premis akuakultur tidak berlesen dan melanggar syarat ditetapkan.

"Jabatan sedang giat berusaha agar Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) ini diterima pakai di setiap negeri supaya proses kawalan dapat dilaksanakan," katanya.

Pada 7 Disember lalu, LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 di sini dihenti tugas secara berperingkat berikutan pencemaran bau seakan bangkai.

Artikel Berkaitan:

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, sebuah daripada 57 kolam ternakan milik pengusaha premis itu berkeluasan 40 hektar didapati melepaskan air tercemar kira-kira 100 meter daripada Sungai Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kolam ternak keli punca sungai tercemar

Tiada gangguan bekalan air walau LRA dihenti tugas: MB Selangor

Pencemaran air: 4 LRA Selangor beroperasi semula