RM30 bayaran parti liar

Seramai 115 orang dikesan positif dadah dalam serbuan sebuah pusat hiburan yang dijadikan sebagai 'private parti'
Seramai 115 orang dikesan positif dadah dalam serbuan sebuah pusat hiburan yang dijadikan sebagai 'private parti'
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menggunakan Facebook untuk menjemput' pengunjung menyertai 'private party', dengan syarat bayaran serendah RM30.

Namun, pesta liar yang dianjur sempena sambutan Tahun Baru Cina itu digempur sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, Ops Hiburan ini dilakukan pada jam 2 pagi.

Menurutnya, serbuan ini telah menahan seorang wanita berusia 27 tahun disyaki penganjur pesta.

"Susulan itu, hasil ujian saringan air kencing terhadap seramai 314 pengunjung pesta terbabit mendapati 115 daripada mereka berusia lingkungan 20 hingga 30-an dikesan positif dadah.

"Tangkapan ini membabitkan 86 lelaki dan 29 wanita dan mereka ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, selain itu, seorang lelaki yang mempunyai tatu di badan dipercayai berkaitan kongsi gelap geng 08 turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 52(3)Akta Pertubuhan 1966.

Mengulas lanjut, Muhammad Najib mendedahkan, parti ini dianjurkan menerusi jemputan publik melalui akaun Facebook bertajuk Malaysia United Sound (M.U.S). Setiap peserta diwajibkan untuk membawayr RM30 sehingga RM40 untuk menyertai parti terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Penganjur telah menyewa pusat hiburan itu dengan harga RM12,000.

"Polis telah merampas wang tunai, minuman keras dan peralatan muzik. Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sama ada terlibat sebarang aktiviti penjualan dadah atau seks," katanya.