Najib nasihat DAP jangan terus menipu

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan alasan DAP bahawa lantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC), Hew Kuan Yau bukan lantikan politik.

Najib berkata, tiada siapa akan percaya terhadap alasan sedemikian memandangkan peranan Kuan Yau bersama DAP dapat dilihat sehingga PRU14 lalu.

"Siapa yang akan percaya? Ramai tahu tindakan Kuan Yau untuk keluar dari DAP pada 2016 hanya satu lagi wayang DAP untuk mengelak parti dia dikaitkan dengan pendirian Kuan Yau yang dikecam sebagai menderharka kepada negara.

"Ramai nampak Hew terus menjadi penceramah DAP utama di dalam mana-mana kempen dan acara DAP sehingga sampai PRU14," tulisnya di Facebook, hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pertahankan lantikan Kuan Yau sambil menjelaskan beliau layak untuk memimpin agensi kerajaan bagi menjaga hubungan perdagangan dua hala dengan China.

"Rakyat Malaysia bukan buta. DAP ini nak terus menipu sehingga bila?

"Mengakulah sahaja yang Kuan Yau telah banyak berjasa kepada DAP untuk menghasut rakyat untuk benci BN. Malu apa?" tulis Najib.

Artikel Berkaitan: