X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Dua beranak antara lima tokan dadah ditahan

Hoo Chang Hook (tiga kiri) bersama pegawai polis IPD Jempol menunjukkan dadah yang dirampas.
A
A

JEMPOL- Dua beranak antara lima tokan dadah ditahan polis dalam serbuan berasingan di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, semua suspek merupakan lelaki berusia 25 hingga 56 tahun yang ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dalam Op Tapis bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

"Polis turut merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM52,034.25. Serbuan di lima lokasi berasingan di Bandar Seri Jempol, Felda Palong 4, Bahau dan Mahsan melibatkan rampasan dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan 624.15 gram bernilai RM21,845.25 dan syabu seberat 201.26 gram bernilai RM30,189.00.

"Hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek didapati positif dadah jenis morphine dan methamphetamine. Suspek masing-masing mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

"Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek aktif dalam pengedaran dadah tidak kurang setahun, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung cara bekalan dadah diperoleh. Suspek direman tujuh hari sehingga 16 Disember ini serta kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2),39A(1), 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang akhbar di IPD Jempol, hari ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!