Aliran trafik dijangka meningkat: PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat semasa cuti hujung minggu yang panjang di Selangor dan menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka lebih awal.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat semasa cuti hujung minggu yang panjang di Selangor dan menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka lebih awal.
A
A
A

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat semasa cuti hujung minggu yang panjang di Selangor dan menyarankan kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka lebih awal.

Jangkaan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya adalah sempena cuti umum sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-73 hari ini, sekali gus menandakan bermulanya pergerakan penduduk di Selangor berikutan kebenaran melakukan rentas rentas daerah dan negeri sejak Isnin lalu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Saya memohon kerjasama semua pelanggan untuk menyokong usaha PLUS dengan mematuhi semua Prosedur Kesihatan dan Keselamatan sepanjang perjalanan mereka di lebuh raya dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakkan fizikal dan kebersihan diri.

“Untuk memastikan penjarakkan fizikal dapat dipatuhi, kami menasihatkan pelanggan supaya membuat pra-pesanan makanan dan minuman menerusi aplikasi mudah alih PLUS,” katanya pada Jumaat.

Selain itu beliau turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan mereka lebih awal dan memastikan kad Touch 'N Go dan e-Wallet mereka ditambah nilai secukupnya untuk meminimumkan gangguan serta keperluan untuk interaksi secara fizikal.

“Terdapat kira-kira 13,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menambah nilai kad lebih awal.

“Bagi pelanggan yang menuju ke utara, PLUS menasihatkan agar mereka membuat tetapan tambah nilai e-Wallet secara automatik bagi menikmati pengalaman yang lebih positif menggunakan teknologi baharu tanpa sentuh secara RFID,” katanya.

Artikel Berkaitan: