X

Kindly register in order to view this article
!

Harga petrol RON95, RON97, diesel naik 3 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter.
A
A

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73 seliter dan RM2.03 seliter bagi tempoh tegah malam ini sehingga 11 Disember.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga bagi bahan bakar itu sebelum ini masing-masing pada harga RM1.70 sen dan RM2.

Dalam pada itu, harga runcit diesel turut mengalami kenaikan sebanyak tiga sen iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!