X

Kindly register in order to view this article
!

Kes rogol: Reman 6 penghantar makanan disambung lagi

Mangsa didakwa dirogol kira-kira jam 12 tengah hari pada 2 Disember lalu. - Foto hiasan 123RF Nik Ezanee (Gambar kecil)
A
A

PETALING JAYA - Tempoh tahanan reman terhadap enam lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel di sini disambung dua hari lagi bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum ini kesemua suspek direman selama tujuh hari.

"Kesemua suspek disambung reman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, mangsa didakwa dirogol kira-kira jam 12 tengah hari pada 2 Disember lalu.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 4 Disember lalu.

Empat suspek yang ditahan itu berusia 20 hingga 22 tahun, manakala dua lagi berusia 16 dan 17 tahun.

Dalam satu kenyataan, Nik Ezanee sebelum ini memaklumkan bahawa mangsa mengalami tekanan emosi dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan.