X

Kindly register in order to view this article
!

Melaka sedia runding perjanjian air dengan Negeri Sembilan

Sulaiman selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Persidangan Kedua Penggal Pertama DUN Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka sedia mengadakan rundingan lanjut mengenai perjanjian bekalan air bersih tambahan daripada Negeri Sembilan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, rundingan di antara dua negeri itu akan melibatkan bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri.

"Kita akan membincangkan," katanya ringkas pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Semalam, Negeri Sembilan menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyatakan kesediaan untuk menyambung perjanjian membekalkan air bersih tambahan kepada Melaka menerusi SAMB yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai halangan sekiranya Melaka mahu meneruskan perjanjian bekalan air tersebut.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak bagi membekalkan air bersih tambahan itu ditandatangani pada 19 Jun tahun lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Negeri Sembilan sedia kongsi air dengan Melaka


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!