PBAPP perjelas sebab Kedah tidak boleh tuntut caj air RM50 juta

Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
A
A
A

GEORGETOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengemukakan tujuh sebab utama kerajaan negeri Kedah tidak boleh membuat tuntutan caj air sebanyak RM50 juta.

Berikut adalah penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jeseni Maidinsa bagi menjawab mengenai tuntutan tersebut:

- Garisan di tengah Sungai Muda merupakan sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

- PBAPP abstrak air mentah dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang yang terletak di wilayah Pulau Pinang.

- PBAPP membayar air mentah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah di muka sauk Lahar Tiang.

- PBAPP mengabstrak air mentah dari Sungai Muda di hilir 13 loji rawatan air Kedah dan empat muka sauk pengairan. Sekiranya PBAPP tidak mengabstrak air mentah di Lahar Tiang, ia akan mengalir secara semula jadi ke Selat Melaka.

- Kedah harus meminta pampasan untuk pemuliharaan dari kerajaan Persekutuan dan bukannya dari Pulau Pinang kerana Ulu Muda adalah kawasan tadahan air yang berfungsi untuk tiga negeri NCER termasuk Kedah sendiri.

- Kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP secara terbuka akan menyokong tuntutan Kedah untuk pampasan Persekutuan bagi memulihara Ulu Muda sekiranya Kedah bersedia mewartakan dan mengklasifikasikan 163,000 hektar hutan hujan di Ulu Muda sebagai hutan tadahan air secara kekal.

Artikel Berkaitan:

- Pemuliharaan bermaksud tiada pembalakan, tiada perlombongan, tiada pembangunan tanah dan tiada apa jua kegiatan yang mengancam Hutan Hujan Ulu Muda.

ARTIKEL BERKAITAN:PBAPP sila bayar RM50 juta setahun sebelum komen: MB Kedah