Kemelut Perak tonjol krisis ahli politik Melayu lupa diri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polemik politik di Perak sehingga menyaksikan tercetusnya pertukaran Menteri Besar sebanyak tiga kali memperlihatkan negeri tersebut berdepan krisis ahli politik Melayu lupa diri.

Penganalisis politik daripada Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Kartini Aboo @ Khalid berkata, ia diperkuatkan lagi dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menegaskan pelantikan Menteri Besar itu sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kegagalan kepimpinan kalangan ahli politik.

Dr Kartini Aboo @ Khalid
Dr Kartini Aboo @ Khalid

“Pemimpin Melayu buat masa ini berada di persimpangan antara kepentingan diri, bangsa dan agama. Mereka sudah lupa diri dan harus disedarkan bahawa musuh sebenar ialah mereka yang mendokong ekstremisme kaum.

“Pemimpin Melayu perlu kembali kepada jati diri, perlu bersama, bersatu dan berpadu untuk agama, bangsa dan negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkongsi pandangan sama, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu menjadi penyebab politik di negeri itu tidak stabil sehingga hari ini.

Dr Ahmad Atory Hussain
Dr Ahmad Atory Hussain

“Disebabkan itulah kerjasama amat penting dalam pembentukan kerajaan dan jika tidak sefahaman maka kerajaan tidak akan kekal lama. Pimpinan yang tidak bersatu akan menimbulkan sengketa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, teguran yang dibuat oleh Sultan Nazrin itu menggambarkan baginda mengimpikan kerajaan yang stabil dan kuat.

“Jadi sepatutnya ahli politik haruslah menyingkirkan perasaan balas dendam, buruk sangka kerana perkara ini akan menghancurkan mereka sendiri,” katanya.

Md Shukri Shuib
Md Shukri Shuib