Lima kluster dikesan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak lima kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang mana tiga dikesan di Selangor dan Kuala Lumpur serta dua di Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Selangor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kewujudan kes Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, Kluster Tapak Bina Condong dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium.

"Terdapat 46 kes positif Covid-19 dikesan semasa saringan bersasar dilakukan ke atas 109 individu dalam Kluster Tapak Bina Jalan Bukit," katanya.

Menurutnya, Kluster Talak Bina Condong mencatatkan 24 kes positif sejak terdapat jangkitan pada 6 Disember lalu.

"Seramai 15 individu dikesan positif Covid-19 dalam saringan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium," katanya.

Beliau berkata, Kluster Jalan Dalam yang melibatkan Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru merekodkan 13 kes positif daripada 108 yang telah disaring.

"Di Batu Pahat juga, KKM mengesan Kluster Tenun Merah di mana 23 disahkan positif Covid-19," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 10 Disember, terdapat 401 kluster dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah 214 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas dan Kluster Telipok di Sabah," katanya.

Katanya, jumlah kluster yang dipantau adalah 187.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843), Kluster Hentian (315) dan Kluster Tembok 104 kes," katanya.