Pemandu lori tangki putus kaki akibat nahas

Seorang pemandu lori tangki putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Bukit Tinggi, Bentong pagi tadi. - Gambar hiasan 123RF
Seorang pemandu lori tangki putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Bukit Tinggi, Bentong pagi tadi. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BENTONG - Seorang pemandu lori tangki putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Bukit Tinggi di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, lori tangki muatan diesel itu dipercayai terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 21 meter.

Pegawai operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Engku Mohd Fadzil Engku Man berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, pemandu lori berusia 23 tahun itu tersepit dalam kenderaan terbabit.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa.

"Selain mangsa, seorang kelindannya turut cedera. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: