X

Kindly register in order to view this article
!

MBPJ buka kaunter bergerak di 18 lokasi terpilih

Jadual kaunter bergerak MBPJ sempena kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan 2021.
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter perkhidmatan pelanggan atau kaunter bergerak di 18 lokasi terpilih di Petaling Jaya sempena Kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan 2021.

Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pemegang lesen yang mempunyai masalah berkaitan pelesenan boleh ke lokasi terpilih mengikut jadual waktu ditetapkan.

Antaranya, Giant Kelana Jaya Mall pada Selasa depan bermula jam 11 pagi hingga 3 petang, diikuti Tesco Ara Damansara pada 18 Disember (11 pagi–3 petang), Paradigm Mall pada 21 Disember (11 pagi–3 petang), Jaya Shopping Centre Mall 23 Disember (11 pagi–3 petang) dan One Utama 29 Disember (11 pagi–3 petang).

Menurut kenyataan itu, MBPJ juga telah melancarkan Sistem Smart Lesen pada 5 Oktober lalu yang membolehkan lesen dicetak secara dalam talian menerusi pautan elesen.mbpj.gov.

"Ia bagi memudahkan pemegang lesen memperbaharui lesen perniagaan masing-masing tanpa perlu hadir ke kaunter MBPJ.

"Seramai 28,618 pemegang lesen tred perniagaan dan iklan serta 9,348 pemegang lesen penjaja akan mula memperbaharui lesen mereka bagi tahun depan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, pemegang lesen tred dan usahawan mikro yang lewat memperbaharui lesen atau selepas 31 Disember akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM50.

"Pembatalan lesen akan dilaksanakan sekiranya pembaharuan lesen tidak dibuat selepas 30 Jun 2021.

"Bagi aktiviti iklan luaran pula, pemegang lesen yang memperbaharui lesen pada April hingga Jun 2021 akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak satu peratus daripada kadar lesen dan caj sebanyak dua peratus sekiranya pembaharuan dibuat pada Julai hingga September 2021.

"Selain itu, tindakan mahkamah akan dikenakan jika pembaharuan tidak dibuat sehingga Oktober 2021," katanya.

Katanya, semakan dan penguatkuasaan bagi pembaharuan lesen tahun 2021 akan dimulakan pada 4 Februari 2021 termasuk kompaun, notis, sitaan dan pendakwaan ke atas premis tanpa lesen serta melanggar syarat lesen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!