Solat Jumaat, solat fardu di masjid dibenarkan di tiga daerah

JAIS membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di semua masjid dan surau yang diberi kebenaran mengadakan solat Jumaat di tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Foto 123RF
JAIS membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di semua masjid dan surau yang diberi kebenaran mengadakan solat Jumaat di tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di semua masjid dan surau yang diberi kebenaran mengadakan solat Jumaat di tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Selain itu, solat fardu lima waktu juga dibenarkan di semua masjid dan surau di ketiga-tiga daerah berkenaan.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran itu bagaimanapun diberikan mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.

"Kebenaran ini melibatkan 130 buah masjid, serta 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau.

"Bagi program pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan bacaan Yassin juga turut dibenarkan dengan syarat penceramah yang dijemput adalah dari zon hijau sahaja, manakala kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan solat fardu ini adalah untuk jemaah warganegara sahaja," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ketetapan baharu itu tidak termasuk Mukim Kuala Selangor melibatkan sebuah masjid, dua surau kebenaran Jumaat dan dua surau berikutan perkembangan terkini penularan di mukim tersebut.

"Arahan khusus telah pun dikeluarkan oleh jabatan kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat untuk dikuatkuasakan serta-merta.

"Seluruh umat Islam di negeri ini diharap meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAIS, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: